Zaman Pencerahan
Zaman Pencerahan

Zaman Pencerahan

Zaman Pencerahan (Bahasa Inggeris: Age of Enlightenment, Bahasa Perancis: Siècle des Lumières Bahasa Jerman: Aufklärung) atau Zaman Kesedaran merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan satu fasa dalam kebudayaan hidup dan falsafah Barat yang berpusat pada abad ke-18. "Zaman Kesedaran" dan "Penyedaran" merujuk khas kepada kemajuan intelektual dan falsafah pada zaman itu (dan kesannya terhadap pembentukan semula moral dan sosial), iaitu Sebab disokong sebagai sumber dan asas utama kekuasaan. Bermula di Jerman, Perancis dan Britain, pergerakan ini menular ke seluruh Eropah, termasuklah Russia dan Skandinavia. Penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika, Perakuan Hak Amerika Syarikat dan Perisytiharan Hak Manusia dan Warganegara Perancis adalah didorong oleh prinsip "Kesedaran" (walaupun Perakuan Hak England berlaku sebelumnya). Zaman ini ditanda oleh aspirasi politik terhadap penyatuan kerajaan, penciptaan negara dan hak yang lebih bagus untuk orang kebanyakan, dalam usaha untuk menggantikan kekuasaan golongan aristokrat dan gereja ternama.